|
|
A'kum,
Ader tak sesapa geng kat sini yang ada pengalaman buka mini market atau pun kedai runcit? Saya nak tanya macam mana dari segi penyediaan barang yg beratus ratus jenis dalam kedai tu.. 1. Macam mana nak contact semua supplier untuk hantar barang ke kedai kita. 2. Barang semua tu kita kena bayar dulu ker..? atau bayar separuh atau tak bayar apa apa (tunggu habis seminggu 2, baru supplier dtg kutip duit)..?
Ini sedikit sebanyak tip2 utk.perniagaan mini market.
Jika tapak dan syarikat serta lesen2 kawalan dah sedia maka proses nak beli barang2 tu senang je. Ada barang boleh kredit ada yg.kena tunai.Kalau dah kenal lama tu mungkin boleh hutang atau bagi PD cek. Anda kena cari pembekal utama kerana boleh dapat harga murah.Kalau kat KL berlambak pemborong barang runcit.Barang kering,barang basah, barangan tin semua kat kawasan yg.berdekatan kebiasaannya. Kalau nak senang tanya peniaga yg.berdekatan atau kalau nampak pembekal hantar barang kat mana2 kedai....boleh tanya. Yang paling penting anda perlu tahu hal perniagaan tu.Bukan hanya tahu jual dan beli barang jek.Pungutan jualan memang nampak banyak.. tapi untungnya sangat kecil. Kalu tak betul kawal....masuk angin keluar asap.
ok. tq
memang sy ader terpikir juga macam saudara kata tu.. cuma nak pastikan dari org yg dah ada pengalaman. Memang betul, kedai runcit n mini market ni margin kecil, targetnya lebih kepada volume.. Kalau ramai, untung lah.. kalau jarang jarang org datang, memang la sakit, lepas sebulan dua, barang mesti berabuknya atas shelf.. Sy bercadang nak gi Kursus Pemborong dan Peruncit 2006 kat IBU (institut Bina Usahan) tu.. ada sesapa yg pernah pergi kursus tu tak? Kalau ader, boleh gak bagi pandangan mcm mana kursus tu ok ker tak...
Kaedah terbaik anda buat penyelidikan sendiri dimana-mana skt.
pemborong dan pembekal bumiputera. Sebelum tu mesti tau apa jenis persoalan yg.nak diajukan. Sebenarnya perniagaan ini lebih kepada kebijaksanaan sistem pemasaran,membina rangkaian niaga dan tip2. ...... Dalam pengalaman saya jadi pemborong beras dulu...saya bermula dengan makan gaji.Disana saya belajar semua selok belok pengurusan A to Z. Lepas tu saya bekerja dengan skt.yang membekal sos tersebut dari pihak pengilang hingga saya bina perhubungan rapat. Akhirnya saya dapat membuka sebuah perniagaan borong beras dengan bantuan pembekal utama. Nanti saya cerita sikit teknik pemasaran cara saya. jangan risau...ini seminar online percuma dari saya.
TQ.. betul mcm u kata, sesetengah strategi perniagaan ni adalah common sense sajer.. walaupun begitu, jgn pandang mudah, sebab ader ketikanya ia tidak berakhir setakat common sense saja.. sebab tu kena juga menuntut dari org yg berpengalaman sebab the variables of problem-solving tu..
Macam main bola juga, basic dia tendang tanduk ajer.. tapi, sampai satu tahap tak leh dah cuma berbekal tendang tanduk, kena belajar skills lain juga bila tahap permainan makin tinggi... dok gitu Mr Master Minda ?
Hmmm...tepat sekali perumpamaan yg.diberikan.Itulah yg.saya
maksudkan! Saya tidak merasa keciwa kerana tidak memiliki perniagaan yg.dapat dibanggakan.Tapi sangat bersyukur kerana berjaya melalui ujian2 pelbagai perjuangan.Dengan memiliki pelbagai ilmu anda akan lebih berani menempuh cabaran dan dapat melihat sesuatu , seolah-olah anda berada di atas puncak tinggi. Anda akan melihat lurah,paya,dataran dan seluruh pemandangan.Dengan itu anda mampu membentuk hala tuju. >>>>>>>>>>> Hmm..bagaimana dengan cerita ahli baru bahtiar, ada tip2 ke?
Assalamu'alaikum ..
Nak ceritakan experience having of yr own grocery store. Mungkin aku bernasib baik kerana perniagaan aku bermula di atas tapak berkepunyaan milik keluarga aku sendiri. Byk pengalaman aku n my wife lalui. Nak cerita panjang .. nanti sambung pulak. La nih .. dok tgh pulon buat P&L. Releasing tension .. skit masuk forum.
Lebih baik pergi kat Prosper under PUNB kat KL Sentral. Ada kursus dan kena buat kertas kerja Rancangan Perniagaan. Kebiasaanya PUNB akan beri kelulusan hampir 85% keatas pengusaha/peniaga Bumi yang nak membuka perniagaan Mini Market dengan penyediaan dana sebanyak RM100k untuk pinjaman berbayar selama 5 tahun.
Salam NoNama dan semua...bagaimana ye dah mula berniaga ke?
Saya baru berkira2 untuk take over satu kedai runcit ni, saya punya masalah sekarang ini ialah untuk mencari rakan berniaga yang boleh memberikan 100% perhatian kepada kedai ini... Saya perlukan seorang partner lelaki yang boleh menguruskan urusan mengambil stock ikan dan sayur dari pasar borong dan menjaga kedai untuk 1st half of the day...Ialah kedai runcit buka 6.30am and tutup kul 9pm, mana larat sorang nak manage..pekerja dah tentu kena ada 2 orang kan?
__________________
www.anr-usahatani.blogspot.com
«
Previous Thread
|
Next Thread
»
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||